♥ tika ini
aku tak tahu apakah ini bahagia
atau aku memang rela menyerah diri
atau sememangnya aku bodoh
dan kerana kebodohan aku..aku buta dari melihat
aku bisu untuk bersuara
kerana cinta aku buang semua tu demi dia
ada berpendapat usia bukan penghalang dalam hubungan cinta
ada juga beranggapan cinta beza usia ni memeritkan
kita kena ikut rentak dia untuk menjaga hati si dia
biar la apa orang nk kata yang penting masing-masing
dah cukup dewasa memutuskan untuk menjalinkan
hubungan ini agar jadi lebih sempurna
kadang-kadang aku fikir cinta kami gila
merajuk dan syak wasangka sering jadi bahan utama
aku tak pasti ..apa kah bagus untuk hubungan
atau makin meranapkan apa yang dah sedia ada
sakit hati menyulam rasa sayang rindu dan cinta
pagi ini aku sorang-sorang di sini
tak ada yang menemani seperti malam-malam yang sudah
tak apa la..biar persengketaan ini pergi..
pergi jauh tak akan kembali
atau biar saja aku menyusuri sepi
Sabtu, 6 Februari 2010