♥ tiada lagi aku
selamat tinggal semua
mungkin sesuatu perngakhiran atau satu pemulaan
atau mungkin sememangnya aku tak layak untuk duduk bersama
ketawa gembira berkongsi apa saja
atau mungkin dunia kita berbeza
aku sering dirundung kesedihan
menjemput malang hadir dalam kehidupan ini
atau sememangnya manusia-manusia ego
sering menghukum aku mencampak kan aku
isk ..tak mengapa..
biarlah aku sendiri menjalani hukuman duniawi
dan sememangnya kini saat aku ketawa hambar
malah telah di ragut ole kebodohan ku sendiri
biar saja aku menangis
atau mungkin aku sentiasa lupa untuk menangis
tika saat aku sedang girang gembira ketawa?
kenapa aku sering di pinggirkan?
atau sememangnya aku tak layak bersama mereka yg ego?
kau? ada kah kau seperti mereka?
malah kau juga pergi seperti mereka-mereka yg aku kenal
ketawa lah ..ketawa la sepuas-puasnya
ketawakan aku hanya
kerana kesilapan yg aku tak sengajakan
menghukum aku tanpa aku rela
tapi tak mengapa biarkan aku begini
merawat luka di hati sendiri
tapi kini kau telah pergi membawa rajuk dihati
aku tak menyalahkan kau dan mungkin
pergi yang tak akan kembali meninggalkan aku
aku akui semua nya silapku
biar aku tanggung sakit hati
biar aku di hambat sepi
biar aku dikurung merindui
biar...biarkan hanya itu yang mampu aku lakukan
menebus semua kesalahan yg aku sendiri tak tahu
di akhir bicara ini.. maafkan aku yang mengasihimu
aku tak boleh terus brhenti mencintaimu
aku x tegah membuka mata melihat kau tiada
aku tak sanggup kehilangan semua
tapi..aku tak mengharapkan kau kembali
kerana di hatimu mungkin tiada lagi ruang buatku
telah kau penuhi dengan kebencian dan kemarahan
tapi jika ada belas di hatimu
izinkan aku mendakap sepi bersama cinta mu nan abadi
inilah cinta terakhirku sebelum aku mati
-the.most.sellfish.life-
mawar-berduri
Khamis, 7 Januari 2010