♥ hari ini aku tanpa DIA
hari ini aku bercerita tentang dia
ketiadaan dia di sini mengundang seribu cerita
sebuah rindu yg aku rasa menjerut rasa
egokah aku.. menolak kesungguhan hati ini
mengakui yang aku mmg rindukan dia
ketiadaan dia di sini juga membuah resah
hendak ku mamah tak pulak boleh di telan
hendak ku kunyah nmpak sangat kekalutan hati
yang bertikam-tikam ingin tahu kemenangan
campak aje jauh-jauh resah
mungkin dia baik-baik saja di sana
ketiadaan dia di sini mengundang cinta
kenapa aku begini?
yakin lah aku ini yang di nama kan cinta mungkin
atau perasaan lain
atau saja aku di lamun asmara
sengih-sengih ingatkan semalam
ada tangis,ada marah,ada gelak senda gurau
tapi tak sama ngn kehebatan ombak kerinduan ini
sakit hati ini.. bila mana kau mendiamkan diri
aku tak mahu terus berteka teki
menambahkan bengkaknya hati
walau sebaris ayat.. redakan lah badai di jiwa
hembuskanlah bayu asmara yang kau jua merindui aku
sebagaimana aku bengong memikirkan mu saban waktu
egokah aku?? yang masih mempertahankan keteguhan hati
untuk melenyapkan peperangan kekalutan hati yang hampir saja karam
aku senyum -senyum lagi.. sms di terima
''dear syg kan bb..jaga diri luv u''
berbunganya hati bila DIA hadir membunuh rindu
mengubat cinta
''sayang dear juga... bisik ku..''
-kena tinggal DIA balik perlis.cis...tak aci sungguh,tunggu aku lak terbang g singapura.jeng..jeng..jeng
Ahad, 17 Januari 2010