♥ hairol dalam kenangan

Tergamam aku melihat berita ttg diri mu di dada akbar
antara percaya dgn tidak kau telah meninggalkan kami semua
sedar atau pun tidak pastinya kami akan merinduimu..
kerana pada kami semua..
kau terlalu istemewa..
kau buat kami ketawa ngn sikap spontan mu
kau marah bila ada yang membuli kelemahan org lain,
kau bersuara bila perlu..
kau seorang pemimpin yang penyayang
pengasih pada yang dikasihi
kau sedia membantu pada yang perlu
kau sentiasa buat kami semua senang dgn sikapmu
tapi kini...
kau telah ucapkan salam perpisahan
salam terakhir buat kami semua
aku seolah masih tak percaya
kerana kita baru saja menghubungi melalui YM
kita berkongsi apa saja yg kita suka
kau berseloroh ...mengusik aku
sememangnya lama kau menyepi dari dunia irc
kau mengusik ..katamu kau nk kita berjumpa
kau aturkan pertemuan di bulan dua
kau minta aku masak ..makanan kegemaran mu
arghhh!!!!...tu semua kini tinggal kenangan
kini kau pergi mengadap ilahi pergi yang tak akan kembali
kau meninggalkan kami semua dgn tangisan
hairul..
semangat mu ada bersama kami
walau kau tiada lagi kami pasti merindui mu
semoga kau di rahmati allah s.w.t...
dan semoga roh mu tenang bersama-sama org yang beriman
terima kasih cikgu..kerana kau banyak mengajar aku
kau membimbing aku tanpa keluh dah putus asa
kau jadikan aku di kenali sehingga kehari ini
kau bagi aku semangat bila aku rebah
kau hulur tangan jika aku inginkn bntuan
kau lah sahabat dunia dan akhirat
akhirkata,
sayup-sayup pandangn ku buang jauh-jauh
menoleh kini kau tiada lagi..
semoga pensemadian mu tenang di situ
di rahmati allah
bersama org-org yang beriman
alfatihah

Jumaat, 21 Ogos 2009