♥ Bila Rindu Berbuai Di Hati
jauh di sudut hati ada kedamaian di situ
aku senyum -senyum sendiri
sambil mata pena ku ketuk-ketuk cari ilham
arghhh!! kenapa lah malam ni aku tak boleh pejam mata
rindukan dia?
orang macam aku ni mana lah tau rindu-rindu
dan sapa lah nk aku rindu
entah..kadang-kadang ada juga fikir
kalau lah aku ada suami anak-anak
bak kata org kuarga sendiri
tentu bahagia kan?
tapi siapa lah aku nk idam kan semua tu
jodoh belum ada.. atau sememangnya jodoh takut nk dekat
garang sangat kot..aku senyum-senyum lagi
nak tergelak pun ada..
ada pulak orang kata aku garang
macam tak masuk akal..aku lah manusia paling cenggeng
di abad ni..boleh pulak orang gelar aku garang
adess tak logik..
aku intai waktu..lambatnya masa berganjak
atau aku yang tak reti bersabar
biasa nya waktu-waktu sebeginilah ..dia memunculkan diri
isk..cam orang bodoh pun ya juga
tunggu orang ni memang pantang aku
tapi demi dia..aku letak pantang-pantang ni jauh jauh
dah jatuh hati? alahai..jangan tanya aku soal hati
aku tak mahu mejerut rasa
cukuplah tangisan semalam menjadi
pautan kasih pada yg tersisih
buat apa menyimpan perasaan yang kita sendiri tak pasti
sebagai wanita maruah tu penting
jangan gedik lebih akal kurang
nak tawan hati lelaki kena pandai tambat minatnya
itu bukan aku cakap.. mana topic aku rembat
aku tak ingat..yng penting berkesan lah juga
aku senyum melebar..senggih -senggih sorang-sorang
mana kan tidak empunya badan yang di nanti
menampak kan diri di chatting...
masih nk berbohong pada hati sendiri?
aku bukan egois dah kukatakan tadi
relax and stady.. kalau dia terlalu slow
baru menunjuk kan taji..
dan bila rindu berbuai dihati..
baruu lah ia tidak di jadikan ilusi
Ahad, 26 Julai 2009