♥ Cukup Di Sini

hari ini aku nk bercerita..
cerita tentang semalam
Berharap agar kemarau yang panjang
mendatangkan hujan turun kembali
pagi yang indah dihiasi pelangi-pelangi
agar suram hati nyah kembali
aku nak semua nya kembali damai
agar marah berlabuh jauh
meninggalkan keserabutan jiwa
bangun terlantar dari lara derita hati
sayat dan papah
tercabik oleh asmara sunyi nan sepi
jangan kau calarkan duhai hati
kerana aku ingin kembali senyum
aku tak mahu secebis hati ini
di carik carik lagi
kian terpukau derita putus asa .. kecewa
jangan kau datang lagi... pergilah
meninggalkan sejuta mahligai cinta
bergejolak hasrat nun jauh di jiwa
terperesuk dalam khilaf nestapa
sendiri menjerut rasa
damailah di situ kerana hanya itu pinta ku
kembali senyum mewarnai ceria
aku tak mahu menangis lagi
duhai hati..tunaikanlah impianku
aku ingin mendakap bahagia
biarpun sekelumit cuma
Sabtu, 25 Julai 2009