♥ Persoalan Tanpa Jawapan.

aku duduk di birai katil..
merenung jauh di kepekatan malam
waktu-waktu sebegini ..
aku terkenangkan mesranya kearkaban kita dahulu.
gelak tawa suka duka tanpa ada yang menganggu
aku senyum sendiri..
lucu nya saat itu..
tapi tu dulu masa kita mula-mula mengenali antara satu sama lain.
kita jalinkan persahabatan dunia dan akhirat
antara kita berjanji
menjadi adik beradik sampai bila-bila
tapi itu dulu..
indahnya saat itu..kita bebas berkongsi apa aje
tapi kini aku terlantar seorang diri disini..sunyi sepi.
duduk ku dalam keasingan..
malah aku kehilangan abg-abg saudaraku yang dulu ada menemani
membela aku kala aku di di persendakan
abg-abg saudara ku yg dulunya dtg bertanya khabar ttg kesihatan ku
aku rindukan gurau senda kalian semua usik mengusik antara kita
tak pernah ada yang menghalang
satu persoalan ku
BUKANKAH KITA BERJANJI ADIK BERADIK DUNIA AKHIRAT?malah aku hnya lah adik bongsu kalian dan sebagai abg
bukan kah tugas kau menasihati ku kalau aku menakal?
bukankah tugas kau menegurku kalau aku buat silap
bukan kah tugas kau memimpin ku kala aku tersungkuh?
aku kesal ..sungguh aku kesal..
kadang2 aku pernah terfikir.
perlu ke sahabat dalam hidupku
perlu ke teman dalam perhubungan ku..
perlukah ada kawan dalam sunyiku?
kadang2 mereka buat aku takut
mereka buat aku gunsar
aku tak tahu jujurkah mereka pada keikhlasan ku
aku jadi binggung
kenapa aku di persalahkan dalam banyak hal
aku kalut kalau aku sering di salah anggap
bila seringkali aku menghulurkan bantuan
binggung...
aku binggung...
kerana kebinggungan ku itu juga
membawa pada kemusnahan.
perlukah aku berpeluk tubuh
melihat saja tanpa bersuara?
tanpa sepatah kata?
aku takut..aku takut pada kehilangan
kenapa tak sudah2 ada org yg dengki kan aku kenapa ?
apa salah aku pada mereka?
aku di hukum tanpa aku tahu kesilapan
dan kesalahan yang aku sendiri tak tahu
entah la!
kerana iri hati manusia sanggup
laku kan apa sahaja yang dia suka
walau pun kawan yang paling rapat dengan kita
mungkin kelemahan kita menutup segalanya
mungkin aku tak nampak atau sememangnya aku tak tahu
ada mata-mata jahat yang memerhati..
kecewa nya aku ..ya aku memang kecewa
kekecewaan ku yang aku sendiri
tak boleh tutup dengan senyuman
kebodohan ku juga meranapkan
persahabatan yang mungkin menanti kemusnahan?
aku duduk di sini memerhati lagi...
jauh di sudut hatiku mencari kepastian..
pada persoalan yang masih tidak terjawap..
perlukah ada teman yang sering menyakiti?atau sememangn nya
aku di lahirkan untuk sendiri lagi?
Rabu, 22 Julai 2009