<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6241290843854568453?origin\x3dhttp://cikaleyaruzailla.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } function showRelatedContent(args) { var el = document.getElementById('related-iframe'); if (el.parentNode.style.display != 'none') { el.parentNode.style.display = 'none'; document.onclick = showRelatedContent.prevOnClick; return; } var match = /(?:^[?]|&)c=([0-9]+)(?:&|(?!.))/.exec(args); if (match !== null) { document.getElementById('related-loading').style.left = match[1] + 'px'; el.style.left = Math.max(0, match[1] - parseInt(el.width) / 2) + 'px'; } el.src = "http://www.blogger.com" + '/related-content.g?q=' + "http://beautifulpetal.blogspot.com/" + '&id=' + "1507367973420901314"; el.parentNode.style.display = 'block'; showRelatedContent.prevOnClick = document.onclick; // Hide related-content dropdown when clicking anywhere but on it. document.onclick = function() { var el = document.getElementById('related-iframe'); if (el.parentNode.style.display != 'none') { el.parentNode.style.display = 'none'; } document.onclick = showRelatedContent.prevOnClick; }; } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=4313261657978089388&amp;blogName=%E3%81%8B%E3%82%8F%E3%81%84%E3%81%84+B+A+B+O+%E2%99%A1&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://beautifulpetal.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fbeautifulpetal.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <body>
petua dan amalan

jari bernanah
(disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan)
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga
daun bawang merah sentiasa.

rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil.
Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihka.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telinga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu
sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur(rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus
dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak
dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Jerawat
  • Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
  • Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur
biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban,seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang
itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup

Ambil getah daun kemboja,bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengancaranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan airkelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan
dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyititu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbuslalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.
Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah
cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak Campurkan hampas tea dengan
sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa
minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk
.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal Kulit Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.
Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk
diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh
2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.(petua di atas harus baca wahai wanita)


Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya
cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati. Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah
pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis
yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini,bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali
diminum kira-kira 3/4 gelas.


Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.


Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki"sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian
disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung
Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknyamakan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis Ambil sekati rebung buluh kuning,
basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati
kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh
kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan
memasukkan satu setengah liter air dengan api yang
sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,
angkat dan sejukkan.Anda boleh amalkan, minum setiap pagi
untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.
Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional
ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah
sembuh sesudah mencubanya.


Demam kuning Ambil segenggam daun daripada
pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan
air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam
.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning Ambil daun sukun yang telah tua
kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut
2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah (a)Beri minum air kelapa muda yang
bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
(b)Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak
3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut


Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan
badannya dengan kain yang tebal
Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit
ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum
matahari naik dan ucapkanlah:

"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"

Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari
berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah,
tempoh 7 hari tetap akan sembuh.


Pening KepalaPening kepala disebabkan oleh makanan
yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat
kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi
sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan
kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian
digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan
daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian
dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat
meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan
2 kali dalam sehari.


Ubat Kencing Batu Jagung isinya sedap dimakan.
Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung
juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari
6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan
menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya
3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik Gastrik satu penyakit
yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam
perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini
amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.
Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah
dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas
kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu
dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari
3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari
dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut
makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan
ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Sakit Kepala Sakit kepala adalah berpunca dari saluran
darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila
sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan
berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa
sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya
mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap
mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang
boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau
minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk
bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung
boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata
yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh
menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing
manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala

Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga
boleh menyebabkan sakit kepala


Ubat sakit kepala i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun
petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada
sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk
kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus
dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.
Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah
akan sembuh segera.
atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau
nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.


Cirit-Birit Ramuannya;bawang merah,biji
kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah
dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji
kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi
yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa
mengidap penyakit tersebut

Kencing Tidak Lawas Ramuannya;madu lebah,limau
oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil
airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu
diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang
merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan
di atas buah pinggang dan pundi kencing.

Menyembuhkan Luka Ramuannya;Kulit kayu
manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk
dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka
hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering,
sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

Menyembuhkan sakit gigi Ramuannya;Tempurung
kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung
dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk
bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan
madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk
menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat
menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat
menahan pengaliran darah.

Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung
dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan
pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum
air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat
sebelum meminum air tersebut.

Jika terlekat tulang Celupkanlah jari ke dalam
madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan
jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.
Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

Untuk mengubati penyakit batu karang Ramuannya;
madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat
kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul
sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air
hangat dan diminum.

Panawar racun dan sengatan binatang berbisa Ramuannya;
madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan
sehingga sebati,kemudian diminum.

Penawar jika dipatuk ular Ramuannya;bawang putih
dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk
sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat
yang terkena patukan.

Penawar gigitan anjing gila Ramuannya;daging siput
dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya
dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan
pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

Untuk merawati masalah batuk kering Ramuannya;1/2 cawan
madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk
hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan
ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak
dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

Penawar sesak nafas Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.
Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah
airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu
diminum dengan teratur setiap hari.

Penyakit gagap Madu yang dicampurkan dengan garam
kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya,
ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai
masalah di dalam percakapan.

Batuk Biasa Ramuannya;bawang putih dan madu.
Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu
dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia
bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap
kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.
Amalkan selama 3-7 hari.

Benjol dan luka yang teruk Ramuannya;buah delima
yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga
lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah
pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

Mempercepatkan penumbuhan rambut Ramuannya;
darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu,
campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan
sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah
dapat melembut serta memanjangnya sekali.

Mata berselaput Bahan-bahannya;Buih laut dan
madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut
(kekotoran yang disebabkan oleh garam yang
terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama
dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di
atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itumendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

Pelembap muka
kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit
muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

Membersihkan Muka
sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaulsehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan
biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.



KHASIAT

Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satucara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan
kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.

Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.

Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa
tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan
air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.

Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkantelapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akanmerasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga
keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.
Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.
Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.

Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.

Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek
dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikitair kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.

Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuhbintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum
lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah,bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudiandicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanahdan terus dimakan 3 kali sehari.

Kopi halia ubat kembung ambil beberapa ulas halia secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan
tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.

Khasiat dari akar kayu sengugut Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas
untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.

Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa
tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.

Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulitubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daunitu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh,elok diikat dengan selendang.Insya-allah,penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.

Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas
setiap pagi selama 1 minggu.

Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.

Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang
sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Khasiat memakan belalang beras
Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan.

Rabu, 18 Jun 2008
0 dropped some love



D I S C L A I M E R

여기에서 환영 !



Welcome to beautifulpetal(dot)com!
This site is best viewed in Mozilla Firefox. And please forebear from copying or ripping anything from here that does not belong to you. Thank you for coming by.



W E B M I S T R E S S

Name Vanda Deida
DOB January 21
Zodiac Aquarius

She's a total DORKNERD Asian.
Has a passion for fashion and beauty much.
Her lovely skincare line is SK-II from Japan. Also, she loves shopping, blogging, pastel colors, pink, sky blue, bunny, panda, and etc.

KPOP is her addictive drugs
Oppas was stole her heart for many times. Like Donghae, Jonghyun, 이기광, and coolest flower boy, Myungsoo

T A G B O A R D

PUT YOUR CBOX / SHOUTMIX CODE HERE
MAX WIDTH 200px


B L O G A R C H I V E S

rahsia dan firasat melalui gerak tubuh
rahsia garisan pada tapak tangan
rahsia bentuk wajah
rahsia perwatakan melalui bentuk kuku
rahsia keserasian pasangan menurut urutan kelahiran
rahsia zodiak



C R E D I T S

Please do not remove or change this part

Designer : Vanda
Basecodes : Eggiines
Image Host : Photobucket
Emoticons : Neskaya
Others : Cursor , Cbox , Imeem
Macromedia Fireworks

C O U N T E R

PUT YOUR FLAGCOUNTER CODE HERE :)

T W I T T E R

    follow me on Twitter


    C U R R E N T L Y

    Blackberry Bold
    Ramyon
    Teh Kotak
    9I SAICO


    Put what you want here, like your wish or... blablabla :D

    Q U O T E S



    I finally understood what true love meant... love meant that you care for another person’s happiness more than your own, no matter how painful the choices you face might be. -Nicholas Sparks (Dear John)

    O P P A



    A F F I L I A T E S

    Lovely bloggers
    Vanda| Vanda| Vanda| Vanda| Vanda| Vanda| Vanda| Vanda| Vanda|

    Gurus
    Bubzbeauty
    Eki Mura
    Frmheadtotoe
    Jessica Harlow
    Michelle Phan

    Shops
    CottonInk
    Hollycosmetic
    SASA