♥ rahsia dan firasat melalui gerak tubuh
Kepala Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya
anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh
membanggakan keluarga Sekiranya kepala kanan
bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau
seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak,
seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat
mahupun keluarga
Mata Jika ekor mata kanan bergerak-gerak
menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika
ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat
sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan
Hidung Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud
anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung
kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari
bebanan seperti hutang
Telinga Cuping telinga kanan bergerak-gerak
menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika
cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu
dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan
Bibir Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan
anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas
bergerak menandakan anda akan menerima berita baik
Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih
Lidah&Lelangit berlainan pula dengan gerak lidah
ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.
Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami
masalah yang berpanjangan
Kerongkong Kerongkong kanan bergerak menandakan
anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan
daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri
menandakan anda akan memperoleh durian runtuh
Bahu Gerak bahu kanan menandakan anda akan
mendapat pertolongan jika kiri anda akan
naik pangkat secara mendadak
SikuJika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan
jika geraknya lama pula maksudnya keburukan
.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit
Telapak Tangan Jika telapak tangan kiri bergerak
menandakan anda akan memperoleh emas ataupun
perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan
harta akan diperolehi.
Telunjuk Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan
terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda
akan mendengar nasihat daripada orang jahat
Dada Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan
mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak
anda akan memperoleh ketenangan hati
Rusuk Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas
daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang
bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan
Pinggang Jika bahagian kanan pinggang bergerak
seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan
melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika
pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri
Kaki Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan
ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula
akan mendapat kebaikanJika kaki atau tapak kaki anda
bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam
atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika
tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh
kekayaansekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan
anda akan mendengar khabar berita sakit.Jika telunjuk
kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati
mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan
anda akan mendapat pakaian baru
Rabu, 18 Jun 2008