♥ rahsia garisan pada tapak tangan
1. Garis KehidupanGaris bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan
kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang
garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan
seseorang itu akan panjang jangka hayatnyajika mempunyai
garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya
mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasanGaris bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan
dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu
untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya
seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia
memperlihatkan bahawa kamu seorang yang
bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan
kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih..
Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan
dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang
yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan
kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cintaGarisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu.
Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang
panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu
setia dalam percintaan dan mungkin hanya
mengalami satu episod cinta saja. Manakala
sekiranya garis itu putus-putus Dan
terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan
kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman
gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta
yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara
kamu yang mempunyai garis putus-putus ini
‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan
lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaanCuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini.
Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja?
Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai
dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini
bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua
kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti,
mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang
kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya
kamu mempunyai garisan sedemikian, ia
menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan
terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang
yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang
dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah
tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6.Garis KesihatanSama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah
yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus.
Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan
tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
7. Garis perkahwinanSekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah
kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal
mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia
selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja
dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…
8. Garis bilangan anakSetiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk
memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti.
Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah
kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu
lakukan ialah dengan mengira berapa banyak
garisan halus Dan pendek yang kamu miliki dan
ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak
kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat
empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu
nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalananAdakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan
yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat
asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan
perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan
pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya
kamu ini juga suka hidup berpindah-randah
Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewanganSetiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang
sempurna Dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika
mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang
memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas
dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi
Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tanganCuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu
di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah
gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk
gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu.
Kira saja berapa gelang yang kamu ada dan
ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas!
Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal dan maut
di tangan Tuhan kan ?
Rabu, 18 Jun 2008