♥ PILIH HADIAH BERDASARKAN ZODIAK SI DIA
siapa kata mudah hendak memilih hadiah kpd seseorang. Kadang-kadang pening kepala nak fikir hadiah apa yg paling sesuai. Mari pilih hadiah berdasarkan zodiak si penerima...
Aquarius ( 21 Jan � 21 Feb )
Mereka yg berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga tidak pandai bergurau & bersifat serius. Bagi aquarius yg utama dlm hidup adalah keamanan & kasih sayang. Oleh itu, anda boleh menghadiahkan pelbagai jenis barangan kepada mereka ini. Bagaimanapun, elakkan barangan yg terlalu bersifat kebudak-budakkan.....
Pisces ( 22 Feb � 21 Mac )
Pisces cukup sensitif & sukar difahami sikap mereka jika anda tidak mengenalinya secara dekat. Mereka mementingkan keluarga & persahabatan. Dalam masa yg sama, mereka juga sangat romantis orangnya. Antara pilihan hadiah yg boleh diberikan kepadanya ialah wangian, kotak muzik, pakaian dalam, kad ucapan, lilin aromaterapi & anak patung.....
Aries ( 22 Mac � 20 April )
Aries seorang yg bersemangat, aktif & gemar untuk kekalkan tahap kesihatan diri. Aries gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara yg tersendiri. Selain itu, mereka juga seorang yg bekerja keras & pentingkan kejayaan dlm hidup. Oleh itu, hadiah yg paling sesuai untuk mereka adalah barangan kesihatan, pinggan mangkuk & jam. Pendek kata, hadiah yg paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan & juga barangan rumah. Contohnya, pingan mangkuk yg mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti.....
Taurus ( 21 April � 21 Mei )
Taurus terkenal dengan sikap rendah diri, gemar hidup berkeluarga & menghabiskan masa dirumah. Malah, cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Selain itu, Taurus juga gemarkan kehidupan yg aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yg agak konservatif seperti coklat, kuning lembut, kelabu & hitam. Hadiah yg sesuai untuk diberikan kepada mereka adalah seperti dompet kulit, aksesori perhiasan rumah, produk makanan ataupun barangan elektrik. Tetapi ingat, mereka ini juga sukakan hadiah yg mahal-mahal & berjenama
Gemini ( 22 Mei � 21 Jun )
Gemini mempunyai sifat yg selalu dikagumi oleh ramai orang dengan sikap tenangnya. Malah Gemini juga sukankan sesuatu yg segar & mendamaikan. Hadiah yg paling sesuai adalah dengan membeli peralatan memancing @ mengajaknya memancing di tepi tasik @ laut sambil melihat keindahan alam semulajadi. Bukankah itu sesuatu yg indah & segar!....
Cancer ( 22 Jun � 22 Julai )
Seperti Taurus, mereka yg berbintang cancer ini menggemari suasana di rumah & sanggup menghabiskan masa seharian di rumah sahaja. Bagi mereka, tiada tempat yg lebih selesa daripada rumah. Cancer ini juga seorang yg berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dlm menyambut tetamu. Soal penampilan, mereka gemarkan fabrik yg halus & warna yg lembut. Hadiah yg paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku @ koleksi anak patung yg comel
Leo ( 23 Julai � 22 Ogos )
Leo terkenal dengan citarasa yg mewah & tidak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Leo hanya menyukai sesuatu yg dirasakan terbaik. Antara barangan yg boleh dijadikan hadiah kepada mereka ini ialah minyak wangi berjenama terkenal, aksesori terkini @ sehelai jeans berjenama. Secara ringkas, semua barangan berjenama akan disukai oleh mereka.....
Virgo ( 23 Ogos � 22 Sept )
Mereka yg berbintang virgo gemarkan sesuatu yg ringkas. Namun, citarasa virgo dlm pemilihan pakaian & hiasan rumah tidak kurang hebatnya. Selain itu, mereka sangat mementingkan soal kerja yg bagi mereka kerjaya merupakan perkara yg paling penting dlm hidup. Dlm pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yg praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan @ pakaian
Libra ( 23 Sept � 23 Okt )
Libra terkenal dengan sikap romantisnya. Begitu juga dengan soal berpakaian, amat dititikberatkan. Biar ringkas tetapi menarik. Dalam pergaulan, libra mudah mendapat teman baru & gemarkan muzik & seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher, @ VCD muzikal. Tentu mereka tersenyum puas.....
Scorpio ( 24 Okt � 21 Nov )
Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah eleman utama bagi mereka apatah lagi apabila ingin berehat. Lokasi percutian yg paling indah bagi mereka adalah pusat-pusat peranginan di tepian pantai. Antara hadiah yg praktikal untuk scorpio ialah tuala mandi, pakaian renang, set penjagaan kulit & kaca mata hitam. Sesekali tiada salahnya hadiahkan mereka percutian ke pulau
Sagittarius ( 22 Nov � 21 Dis )
Tidak susah memilih hadiah untuk Sagittarius . Segala pemberian akan diterima dengan hati yg terbuka. Tetapi anda perlu ingat, sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar & gemarkan gaya ringkas serta menarik. Hadiah yg dicadangkan seperti beg galas, kasut @ pakaian sukan, sehelai jeans, baby T, atau sebuah parti BBQ di harijadinya pasti menggembirakan si dia......
Capricon ( 21 Dec � 19 Jan )
Pemikiran capricon agak konservatif & mereka gemarkan hadiah yg punya kualiti & praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian & hiasan, mereka gemarkan yg bercorak klasik & menarik. Hadiah yg sesuai utk mereka seperti pakej penjagaan badan, set penjagaan diri & perhiasan rumah amat sesuai sekali
Isnin, 14 Mac 2011