- Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.
- Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan ditempat kerja atau di sekeliling kediaman kamu.
- Tidak pernah mengemas bilik tidur kamu.
- Separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.
- Orang melihat kediaman kamu sperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya seperti istana indah.
- Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu sedikitpun tidak berasa sedih. Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu.
- Cara kamu menutup menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak basuh.
- Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet.
- Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.
- Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.
Label: bebel
Ahad, 27 Februari 2011