♥ aku..
( langkah dari sebuah kegagalan)
langkah kemusnahan bermula...?
mungkin ya
dan mungkin saja tidak
mungkin rasa kesabaran ku tercabar
atau aku perlu menyahut saja cabaran itu
hari ni..
bila mana aku buka mata..
aku bukan lagi berada di situ
mungkin sesuatu yang asing
takala aku berada di tempat baru
jauh mata ku melihat kesana
rasa sedih..
rasa kecewa..
sebak dada ku kerana tempatku bukan lagi di situ
hari ini aku dapat baby
tentunya sesuatu yang baru
kerana aku perlu mengusahakannya semuanya sendiri
tapi mungkin ini jugalah permulaan dari sebuah kegagalan
hanya pada aku untuk merubah .. mencari coraknya
mungkin aku berjaya?
atau mungkin saja tidak..
bila aku dapat baby
mungkin inilah hasilnya setelah tiga tahun aku menunggu
dan sekian kalinya aku bersabar
selama itu juga dapat ku kenali erti kesetiaan dan setia kawan
buat admin di KCFM
terima kasih kerana banyak yg telah aku belajar
siapa lah aku untuk mengangkat muka bila kena tegur
aku hanya tunduk tanpa melawan
aku hanya diam ..tak bersuara
walau banyak mana aku bersabar..
jauh sekali meninggi diri..
sememangnya aku amat kecewa..
ya!! aku kecewa
kerana aku tak pernah diberi peluang
tapi setelah aku dapat baby..
baru sekarang kau nk letakkan tanggung jawab?
baru sekarang aku di beri kesempatan
atau mungkin saja telah terlambat
atau saja kau rasa tercabar
kadang-kadang nk tergelak
kenapa mesti takut dengan bayang sendiri
sampai hati aku di hukum
atau sememangnya aku perlu di hukum
atau mungkin saja aku degil
mungkin saja aku lalai
kau berikan aku kesedaran
bila mana terlunjuk lurus jari kelingking mula berkait..
kenapa kau pandang aku?
tak faham?
itulah peribahasa yang sesuai bgi orang-orang
yang tak jujur pada diri sendiri
fikirkan lah sendiri
kau dah besar..kalo budak kecik aku lempang aje
Label: aku yg terluka...selamat timggal KCFM
Selasa, 7 April 2009