♥ jika itu yang kau mahu
(selamat tinggal KCFM...)
semalam aku nangis lagi
tapi kali ini lebih perit lagi
kenapa?
kenapa setelah kejayaan itu akan menjadi milikku
ada di antara mereka ingin kan kejatuhan kemusnahan orang lain
aku marah..
ya!! memang aku marah...
tapi marah ku hanya dalam hati
aku geram..
geram ku tidak terbatas
tapi pada sapa aku nak luahkan kebukuan di hati
aku kecewa
memang jelas aku sangat-sangat kecewa
kecewa kerana selama ini ku anggap kawan
sanggup tikam aku dari belakang
perlukah aku meraung
cerita pada semua ..
konon nya aku bersalah
aku yang perlu di hukum..
ya sememangnya...
kononnya aku sedang di hukum
tapi kenapa mesti aku?
aku keliru...
siapa sebenarnya yang bersalah?
aku atau mereka?
aku sedar kewujudan ku dikalangan mereka
tak segagah mereka..
aku sedar tentang kebodohan ku..
tak sebijak mereka..
malah aku tahu ..letak diri ku
siapa lah aku untuk bersuara
aku hanya mampu menangis
malu aku..
malu aku untuk berdepan dengan orang ramai
mungkin inilah masa kejatuhan ku bermula
mungin ini jugalah aku di duga menilai tentang ertinya setia kawan
atau mungkin masa ini juga
kesabaran ku teruji
dimana kawan-kawanku yang pernah ketawa bersama ketika dahulu???
dimana sahabat-sahabat yg ada di saat aku perlukan teman untuk berbiacara???
kini..
segala kesedihan ku tanggung sendiri
aku dah penat..
penat berdepan orang yang bermuka dua
penat berdepan dengan khayalan
penat kerana aku tidak di hargai
sememangnya aku tak di hargai..
mungkin masaku hampir tiba
dari melakukan sesuatu yang sia-sia
benar kata ibu...
aku bukan siapa- siapa untuk melawan
biar kita hanya tunduk mengalah
selagi itulah kita di sayangi...
tapi...
Selasa, 7 April 2009