♥ di ruang sempit itu
Di segenap ruang itu adanya aku
insan yang ketndusan kasih
insan yang kehilangan cinta
di segenap ruang itu
aku tercari-cari dimanakah
penghujungnya jalan ini
aku tercari-cari dimanakah cahaya
yang dapat menyinarkan jalan kusamku
di ruang sempit itu adanya aku
meraba dalam kesamaran
sesat aku di tengah-tengah kebinggungan
sedang apa aku di situ?
ku cari kelibat bayangan kasih
bayangan yang aku sendiri tak tau letak dirimu
yang aku sendiri tak tahu kewujudan nya
yang aku sendiri tak tahu
kemana arahnya
diruang sempit itu
aku jejaki tapak-tapak noda kasihmu
yang kian hilang bersama debuan
aku kalut dalam pencarian
sesat ku tidak berganjak
hilang mu tidak ku jejaka
kerana aku yng kian terjebak
dalam mainan cinta yg berombak
Rabu, 4 Mac 2009