♥ surat buat dia
5:56 ptg
hari ini aku duduk di bngku,
mengadap ke pintu aku berfikir sejenak.
aku tertanya-tanyakenapa kau tak menghubungiku
seperti hari-hari yang sudah.
sambil aku menyandar,
aku berfikir apakah kesalahan yg telah aku buat
hingga kau terus menyepikan diri.
hujan di luar sana benar-benar membuat aku bertambah sayu
aku perhatikan satu persatu
titisan yg jatuh di hadapan kudamai ku rasa.
tp ada kah sedamai hatiku kala ini.
aku bingkas bangun menuju ke katil
niat hatiku nak cuba pejam kan mata
mana lah tahu bila ku buka mata nnti..
adalah kau mengutuskan khabar buat ku.
aku cuba nyulam perasaan sendiri.
lamunan ku tersentak.
handphone ku berbunyi..
sangka ku kau menghubungiku
hatiku mula tak keruan.
rindunya aku pada suara mu
setidaknya,hilanglah teka teki persoalan di mindaku.
sangkaan ku meleset..
rupanya kawan baik mu bertanyakan khbar dan perkembangan ku.
bnyak yg di celotehkan nya,
tapi satupun tak menarik minat ku...
aku mencari alasan..kata ku ..
aku letih dan perlukan rehat yg cukup.
dia menasihatiku mengingatkan aku
tentang ubat yg perlu ku ambil setiap waktu yg ditetapkan
kalau lah kau bersikap sepertinya,
alangkah gembiranya aku.
talian panggilan tadi kumatikan..
ada sedikit perasaan kesal
aku tidak menanti panggilan dari sesiapa melainkan kau!!!
6:29 ptg
handphone ku berbunyi lagi,
malasnya nk aku bangkit dari tido.
aku pun tak sedar bila masa nya aku tertido
yang pastinya satu jam berlalu begitu saja
ada perasaan marah,sbb tido ku tak sempurna.
tersentak aku bila mndengar suara tangisan di hujung talian.
merayu untuk dimaafkan .
aku terpingga-pingga benarkah suara itu yg ku nanti.
suara itu yg ku tunggu sejak akhir-akhir ini.
dan suara itu juga lah yg ku rindui
dan suara itu juga lah suara terakhir yg aku dgr pada sejak hari itu..
kini apa yg aku takutkan menyelubungi hatiku
tapi kenapa ?
kenapa rakan baik mu yg mengantikan tempatmu?
kenapa ?? aku tak mahu !!plez jgn kau paksa aku.
walau pun kau tiada..
kuburan cinta kita x mati di situ.
semuanya masih indah seperti suatu ketika dulu
biarlah aku di sini.mengakhiri semuanya sendiri.
Sabtu, 28 Februari 2009