♥ dekati dan kenali si dia

Tips bagi mendekati si dia
1. jangan mudah rasa cemburu dan menyimpan perasaan dendam serta iri hati,bila kamu terlihat dia berjalan dengan wanita lain.sebaliknya siasat dahulu
2. semai perasaan berani agar kamu dapat menyatakan perasaan kamu yang sebenar pada si dia
3. perlu ada sikap optimis
4. jadilah diri kamu yg sebenar dan jangan menipu semata-mata ingin memikat hati si dia
5.andai kamu suka menyelidik tentang si dia tanpa pengetahuannya,jangan dedahkan. segala informasi yang kamu tahu tentang dia sebelum ini,rahsia kan dari pengetahuan nya.pura-pura saja kamu tak tahu.nah!mungkin kah dia pulak yang berpura.
6. jangan terlalu berkorban dengan sidia.agar kamu tidak kecewa bila cinta kamu di tolak.dan jangan terlalu merapati sidia,ciptakan sebuah jarak agar kamu mampu membezakan hubungan atau status antara kamu dengan si dia iaitu sama ada special atau hanya sekadar sahabat.
Kadang-kadang ketika kita bercinta, rasa bosan selalu datang menghantui kita. Ada beberapa cara mengahadapi rasa bosan tersebut.
1. elakkan kerap bertemu...biar rindu tu sering terasa
2. elakkan berjumpa dengan si dia waktu kamu tiada mod atau stress.
3. elakkan selalu berkomunikasi atau bergayut di telefon..kadang-kadang sampai tak ada idea langsung untuk menukar topik perbualan ,sebab selalu ulangi ayat yang sama.BAHAYA !!!
4. warnai kehidupanmu dengan bergaul dengan teman-teman kamu. Biar kamu tidak bosan sebab selalu keluar dengan sidia .
5.bila kamu berkelahi atau selesih faham sama si dia,dan apa yang kamu perlu lakukan ambil masa....
kamu perlu ingat...
1. gunakan minat atau bakat kamu untuk mencari calon kekasihmu
2. jangan terlalu berobsesi tuk ada teman istemewa
3. carilah calon kekasih menurut citarasa kamu.
4. kalau kamu sudah dapat calon kekasih kamu, lakukan pendekatan secara bertahap,
iaitu :
~ informasi
-cari informasi tentang calon kamu selengkap-lengkapnya, karena itu semua boleh menjadi pegangan kamu ketika menjalinkan hubungan serious dengan si dia
a)persahabatan
-mulakan awal perkenalan dengan sebuah persahabatan.jangan terlalu terlalu mengharap cinta yang sememangnya belum menjadi milik kamu.
b)kenalan
- Kamu boleh berkenalan dengan cara bertukar-tukar no telefon)sama ada kamu berkenalan atas bantuan kawan-kawan kamu , atau berkenalan secara langsung. andai itu terjadi yang ini yang dinamakan cinta pada pandangan pertama.
c)Pengakraban
- Lakukan pengakraban dengan memberian perhatian terhadap calon kekasih kamu.
d)perhatian
-Jadilah orang yang selalu ada ketika dia lagi memerlukan kamu.
e)paksaan
- Usahakan jangan memaksakan cinta kamu. Karena cinta yang dipaksa mungkin bukanlah cinta sejati.
Khamis, 26 Jun 2008