♥ perkara yang perlu kita buat apabila kita kecewa

Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.
1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. jangan bersendirian.
2. makan?siapa kata cara begini lagi mengundang kebosanan.walaupun anda kecewa,perut mesti di isi.makan juga boleh menghilangkan rasa sunyi,selain makan membaca juga boleh mengurangkan ingatan anda pada sidia.jangan biarkan duduk tanpa melakukan apa-apa.elakkan dari pergi ke tempat-tempat yang selalu anda kunjungi bersama si dia.
3. Jika anda rindukan detik-detik waktu bergayut di telefon, dan anda terasa begitu sukar untuk melupakan si dia.. telefonlah teman-teman yg jarang anda hubungi ,sekadar bertanya khabar atau ajak lah teman-teman anda menemani anda beriadah...contohnya,ke air terjun atau pun berbasikal..ronda-ronda
4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. ambil kertas dan pen.tulislah dan lepaskan perasaan anda pada kertas.kalau rasa lega..baru tidur.
5. Anda rindu mendapat email dari si dia? layari lah laman web yg anda minat.contohnya hiburan,fishion dan sebagainya.
6. jika masih marahkan dia? Itu adalah normal ! waktu sebegini anda memerlukan ketenangan.pergilah ke lereng bukit mahupun depan pantai.fukos minda anda.. Apabila anda telah bersedia, jeritlah sekuat hati..hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya.
7. sekiranya anda ingin menghilangkan rasa bosan dan sunyi tanpa si dia dgn cara menonton,tontonilah cerita-cerita aksi dan lucu.jangan tengok cerita sedih atau yg boleh mengimbas kenangan anda.kelak luka lama berdarah semula.
8. Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio,langkah mudah anda buka lagu-lagu yang segar-segar dan tak terlalu memikirkan sidia
9. bila anda terlihat pemberian nya...wah!!! mesti anda akan menangis teringatkan dia kan?,tanam segala hadiah pemberian si dia,tak pun anda boleh bakar kalau anda benci sgt pada si dia.langkah terahkir..berikan pada kawan-kawan anda.
10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? sekiranya anda tidak berkerja sebelum ini,apa kata anda mulakan hari-hari anda dgn berkerjaya.sibuk-sibukkan diri anda dgn tugas-tugas harian anda.pada anda yg sudah berkerjaya,pergilah bercuti.mulakan hidup anda yang baru tanpa dia yang melukakan anda.ucapkan selamat tinggal pada penderitaan..
semua tip kat atas adalah sekadar rujukkan,keberkesanannya bergantung pada percaya pada diri sendiri.oleh itu sebelum mengenali orang lain,kenalilah diri anda dahulu.selamat mencuba
Isnin, 23 Jun 2008