♥ 10 -pekara mesti buat ketika frust!
10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan
1.
Mendekatkan diri dengan Tuhan-redha apa yg berlaku.mungkin tuhan nk mendugga kita
2.
Menangislah sepuas hati-Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik.
-Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. -Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.
3.
Mengadu pada teman- Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.
4.
Menulis diari atau blog peribadi- Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa.
- Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.
5.
Beri ruang pada diri sendiri-Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu.
6.
Jauhkan diri dari tempat kenanganmu- cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.
7.
Berfikiran positifApabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.
8.
Bergembira bersama rakanJika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.
Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.
9. Buat penampilan baru
-Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. -pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.
10.
Cari Pengganti- Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera
uits! apa ni merepek lak.tapi penting untuk kita tau.so fikirkanlah
Khamis, 4 Mac 2010